SEJARAH T.2 (Bab 1)

Bab 1:  Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British

  1. Pertapakan SHTI di Pulau Pinang
  2. Tipu Helah Francis Light bagi mendapatkan Pulau Pinang
  3. SHTI Mengambil Seberang Perai
  4. Pertapakan SHTI di Singapura
  5. Perpecahan Kepulauan Melayu
  6. Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat

1.      Pertapakan SHTI di Pulau Pnang

Sebab-sebab Pulau Pinang dikehendaki oleh SHTI

a)      Pusat pengumpulan barang
·         SHTI memerlukan teh dari China kerana mendapat pasaran di Eropah
·         China mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam yang terdapat di Kepulauan Melayu
·         Pulau Pinang sesuai dijadikan pusat pengumpulan barangan

b)      Perlabuhan persinggahan
·         Menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal
·         Pulau Pinang sesuai dijadikan tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsoon

c)      Pangkalan tentera
·         British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di India
·         Pulau Pinang sesuai dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan penempatan British di India

         Kedaulatan Kedah tercabar

a)      Ancaman Bugis
·         Tunku Abdullah dilantik menjadi Raja Muda Kedah
·         Kerabat diraja tidak bersetuju kerana beliau bukan anak gahara
·         Kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis menentang Sultan Kedah
·         Raja Ali Haji menyerang Kuala Kedah dan Alor Setar
·         Sultan Kedah berundur ke Kangar
·         Sultan minta bantuan Firma Jourdain Sullivan and De Souza
·         Francis Light dihantar untuk berunding. Perjanjian membenarkan Firma berniaga di Kuala Kedah
·         Sebagai balasan, Firma bersetuju memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah
·         Perjanjian dibatalkan kerana Firma mungkir janji.

b)      Ancaman Siam
·         Kedah menghentikan penghantaran bunga emas ke Siam semasa Perang Siam – Burma.
·         Siam menuntut bunga emas dan tenaga manusia setelah perang tamat.
·         Bimbangkan ancaman Siam, Sultan Abdullah minta bantuan SHTI
·         Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah.


Peta menunjukkan Kedah menghadapi ancaman Daripada Siam, Burma dan Bugis.

1.2  Tipu Helah Francis Light bagi mendapatkan Pulau Pinang





1.3  SHTI Mengambil Seberang  Perai







  •  Pelabuhan strategik diperlukan untuk menguasai laluan perdagangan antara China dan India
  • Pelabuhan Pulau Pinang gagal dimajukan kerana terlalu jauh ke utara Selat Melaka.
  • British mengambil alih Melaka dan Betawi daripada Belanda melalui Perjanjian Surat-Surat Kew 1795 sehingga tamat Perang Napoleon.
  • Pedagang British di Betawi dikenakan cukai yang tinggi dan layanan yang buruk apabila Belanda mengambil alih Betawi.


SINGAPURA PANGKALAN PERDAGANGAN YANG STRATEGIK
  •  Mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.
  • Sesuai sebagai pelabuhan bebas untuk menyaingi Betawi
  •  Menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.
  • Raffles mencadangkan SHTI membuka pangkalan baru di Singapura.
  • Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Abdul Rahman yang memerintah Johor berada di bawah pengaruh Belanda.



TAKTIK RAFFLES MENGAMBIL SINGAPURA
  •  Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819.
  •  Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura.
  • Temenggung terpaksa menandatangani perjanjian kerana bimbang diserang.
  • Sultan Abdul Rahman tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut
  • Raffles menghidupkan masalah pewarisan takhta antara Sultan Abdul Rahman dengan Tengku Hussein sebagai helah
  •  Raffles mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan Johor.






   
Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

  •  Kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 kawasan pengaruh.
  • British berpeluang meluaskan pengaruhnya di Semenanjung Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa Barat yang lain.
  • British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka.
  •  Kerajaan Johor berpecah dua iaitu :
  •  Johor dan Singapura di bawah pengaruh British
  • Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda

NEGERI-NEGERI SELAT (NNS) 1826

  PULAU PINANG
  
  MELAKA
     
  SINGAPURA

TUJUAN PENUBUHAN:

 
  Menyeragamkan pentadbiran
    
   Menjimatkan kos


FAKTOR PEMINDAHAN PENTADBIRAN NNS DARI INDIA KE LONDON TAHUN 1867
  •  SHTI di India tidak mengambil berat kebajikan NNS
  • NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura
  • Kemasukan  imigran Cina yang tidak terkawal serta wujudnya kegiatan kongsi gelap
  • Pengenalan Akta Mata Wang 1855 merugikan pedagang kerana mata wang Sepanyol digantikan dengan rupee India yang rendah nilainya.
  • Penduduk tempatan membantah tindakan British menjadikan NNS sebagai tempat buangan banduan 




No comments:

Post a Comment